The power of trendline,,,
Cara mudah mengetahui trend sudah mula melemah atau sudah hampir kehilangan volume atau pergerakkan wave yang terakhir dengan pengetahuan garisan trendline sahaja dan boleh dijadikan persedian signal untuk mula memfokuskan trend berikutnya.
AUDUSD harga berada pada situasi minor bullish impulsive wave, berlakunya penurunan nanti diklasifikasikan sebagai correction wave terlebih dahulu. Teknikal akan memfokuskan belian seandainya harga pada aras lower trendline mengujudkan CSP untuk signal belian baru prosuder BUY akan diaktifkan untuk tempoh belian bagi sesi intermediate bullish impulsive wave.
Sekiranya harga mampu menurun melepasi aras lower trendline dan menutup harga disalah satu cs dibawah lower trendline, ini menandakan harga sudah mula kehilangan volume, dan seandainya penutupan harga itu tidak melepasi minor support semasa penutupan harga dibawah lower trendline, teknikal meramalkan harga akan membuat last wave dan akan memfokuskan jualan pada harga tertinggi dengan menantikan kemunculan CSP sebagai signal untuk mengaktifkan prosuder jualan dalam dagangan.
Dan sekiranya harga mampu menurun melepasi aras minor support dan menutup dibawah support, maka wave yang berlaku adalah dalam situasi new minor bearish impulsive wave. Teknikal akan memfokuskan jualan semasa sesi corrective wave berlaku nanti dengan menungu kejadian CSP sebagai signal untuk jualan dalam dagangan.
Selamat Beramal
Komuniti CTC.FM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.